Wednesday, December 5, 2018

Nak Apply Pengajian Jarak Jauh (PJJ) USM kena ada MUET ke?

Aku tahu ramai yang blur kan pasal muet ni, sama la macam aku dulu. Sebelum apply pjj usm merata aku google cari info pasal muet ni. Ada yang cakap tak perlu ada muet untuk apply pjj usm, ada yang cakap perlu ada muet.



aduh, mana satu? last2 aku baca la syarat2 nak apply pjj usm di website dia. Nak apply masuk pjj tak perlu ada result muet, tapi kena ambik muet sebelum grad. Faham tak? Jadi nak tak nak sebelum kau habis pjj ni kena ada muet.

Tapi nasihat aku, sebelum apply PJJ USM ni baik kau setelkan dulu muet. Nanti dah tak payah nak pening2 lagi. Plan betul betul sebelum apply pjj ni make sure dah ambik muet. Macam aku, tahun 2015 aku setel dulu muet. Beli no pin di BSN dan register muet sebagai calon persendirian. muet aku JULAI kalau tak silap. Tahun 2016 aku apply PJJ ni..alhamdulillah dapat.

LUPA NAK BAGITAU, kalau kau dah ada result muet, at least kau dah boleh decide untuk ambik subjek universiti pada tahun pertama. Ada subjek universiti, macam English kita decide based on kita punya result muet. Contohnya kalau dapat MUET BAND 4 dah tak perlu ambik subjek JUE100. Terus boleh ambik JUE200.

Jadi, ingin aku tegaskan yang korang perlu ambik MUET dulu sebelum apply pjj usm ni untuk kesenangan hari muka. Tapi kalau tak sempat nak ambik muet dulu sebelum apply pjj, it's okay..nak buat macam mana kan.

Apa, apa pun good luck ye.

Boleh baca ni jugak: CARA APPLY PJJ USM

Saturday, May 28, 2016

Semakan Keputusan Tawaran Program Pengajian Jarak Jauh (PJJ) USM Sidang Akademik 2016/2017

Semakan Keputusan Tawaran Program Pengajian Jarak Jauh (PJJ) USM Sidang Akademik 2016/2017 | Pada mereka yang dah buat permohonan untuk program PJJ USM bulan Mac hari tu korang dah boleh semak keputusan tawaran.




Tahniah pada korang yang berjaya! Jom ke USM.

Sunday, March 20, 2016

Diari 1: Langkah Pertama Permohonan PJJ USM 2016

Bismillah, sebenarnya dari tahun lepas lagi aku pasang niat untuk apply pjj USM. Tapi sebab masa tu baru 2 tahun kerja, dan MUET pun tak  ambik lagi. Jadi aku decide untuk apply PJJ USM tahun ni (2016).



Niat nak sambung degree kos sains hortikultur di UPM atau Universiti Malaysia Kelantan (UMK) tapi sayangnya kos tu tak offer PJJ, aku ni kerja sepenuh masa memang banyak halangan nak belajar fulltime..tambahan dengan bebanan komitmen susah nak apply cuti separuh gaji/tanpa gaji. Nak makan apa oii? Tapi rezeki dari ALLAH cuma aku rasa aku masih tak berani nak keluar dari Zon Selesa kot.


 so 1 Mac 2016 yang lepas aku decide untuk pergi ke BSN berdekatan untuk beli no PIN. Untuk pengajian jarak jauh ni harga pin ni RM60 tidak termasuk caj bank.

























Selepas setel semua urusan..aku terus ke website USM -- SINI. So kita kena daftar dulu utk first timedi bahagian sebelah kanan ada DAFTAR KALI PERTAMA. Masukkan je semua details..lepas tu kita akan dapat satu email konfirmation tentang pendaftaran kita beserta no rujukan dan kata laluan yang diperlukan untuk proses pendaftaran.




























proses pendaftaran ni ambik masa jugak sebab kau kena ada semua details depan mata..result SPM,,, CGPA diploma,, dan macam macam lagi..dah nanti kita kena upload dokumen seperti IC, transkrip diploma, dan hal2 yang berkaitan..kena upload semua tu dan siapkan pendaftaran..

Aku pilih kos SAINS BIOLOGI, tu je lah antara kos yang boleh di kaitkan dengan bidang kerja aku sekarang..tak pe yang penting niat nak belajar sebab nak ilmu. Insya Allah dipermudahkan.

So aku rasa setakat ni je lah dulu..aku belum layak lagi nak cerita details sebab belum tentu lagi permohonan aku berjaya.