Sunday, March 20, 2016

Diari 1: Langkah Pertama Permohonan PJJ USM 2016

Bismillah, sebenarnya dari tahun lepas lagi aku pasang niat untuk apply pjj USM. Tapi sebab masa tu baru 2 tahun kerja, dan MUET pun tak  ambik lagi. Jadi aku decide untuk apply PJJ USM tahun ni (2016).



Niat nak sambung degree kos sains hortikultur di UPM atau Universiti Malaysia Kelantan (UMK) tapi sayangnya kos tu tak offer PJJ, aku ni kerja sepenuh masa memang banyak halangan nak belajar fulltime..tambahan dengan bebanan komitmen susah nak apply cuti separuh gaji/tanpa gaji. Nak makan apa oii? Tapi rezeki dari ALLAH cuma aku rasa aku masih tak berani nak keluar dari Zon Selesa kot.


 so 1 Mac 2016 yang lepas aku decide untuk pergi ke BSN berdekatan untuk beli no PIN. Untuk pengajian jarak jauh ni harga pin ni RM60 tidak termasuk caj bank.

























Selepas setel semua urusan..aku terus ke website USM -- SINI. So kita kena daftar dulu utk first timedi bahagian sebelah kanan ada DAFTAR KALI PERTAMA. Masukkan je semua details..lepas tu kita akan dapat satu email konfirmation tentang pendaftaran kita beserta no rujukan dan kata laluan yang diperlukan untuk proses pendaftaran.




























proses pendaftaran ni ambik masa jugak sebab kau kena ada semua details depan mata..result SPM,,, CGPA diploma,, dan macam macam lagi..dah nanti kita kena upload dokumen seperti IC, transkrip diploma, dan hal2 yang berkaitan..kena upload semua tu dan siapkan pendaftaran..

Aku pilih kos SAINS BIOLOGI, tu je lah antara kos yang boleh di kaitkan dengan bidang kerja aku sekarang..tak pe yang penting niat nak belajar sebab nak ilmu. Insya Allah dipermudahkan.

So aku rasa setakat ni je lah dulu..aku belum layak lagi nak cerita details sebab belum tentu lagi permohonan aku berjaya.


No comments:

Post a Comment